Puisi Ibu terbaru 2015



Puisi Ibu adalah jenis puisi yang sangat digemari dan disukai oleh para pembaca puisi dimana dalam puisi ini posisi ibu yang mempunyai derajat tinggi, dan orang yang paling penyayang didalam mengarungi kehidupan di dunia ini, mampu menangkap semua asa dan rasa yang luar biasa dalam jiwa baik itu pembaca maupun audien yang mendengarkan lantunan puisi tersebut. berikut contoh Puisi Ibu terbaru 2015  :

PENGORBANAN SEORANG IBU

Ibu..
Tidak dapat aku bayangkan
JIka kau tiada di sisiku lagi
Mungkin malaplah cahaya bintang di angkasa
Tiada lagi tempat aku berteduh kasih
Tiada lagi senyuman manis untuk aku

Tetapi ..
kau ialah ilhamku
Menerangi duniaku dengan cahayamu
Bekerja keras untuk membesarkanku
Memberi pendidikan yang cukup
Untuk aku mencapai cita-cita yang diimpikan

Ibu..
Aku sungguh bangga menjadi anakmu
Kau seorang yang tabah
Dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cubaan
Kau tidak lagi kenal erti penat dan lelah dalam hidupmu

Kau mengajar aku erti kehidupan sebenar
Yang akan aku lewati nanti
Aku harap kita dapat mengharungi liku-liku
Kehidupan ini bersama-sama
Aku yakin ALLAH akan mengabulkan doa kita
INSYA-ALLAH saya sayang IBU !!


BUATMU AYAH , IBU

Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian

Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu

Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan

Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia

Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami
SEMUA ANAK-ANAKMU
Gambar ibu